15 June 2012

epi 1 Yang lalu biarkan berlalu.


"Alia, cerite hang dengan Syed Aiman dah tersebar luas kot, ramai rakan2 sekuliah kite dah tau", kate Nadia kepada kawannya Alia Akasyah.

"Ye?emm...", sepatah je jawapan Alia. Tiada apa yang Alia nak jelaskan lagi. Alia pasrah. Semua ketentuan Ilahi. Alia redha.

"Hang ok?maaf aku tetibe bagitau hang macam ni."

"Hah?em its ok Nadia. Aku ok, siapa aku nak tutup mulut orang, kalau mereka nak mengata katelah,  itu hal mereka. mereka ada hak untuk bersuara. tapi kalau bersuara dalam kisah cerita orang lain membuatkan mereka gembira, terserah."ujar Alia yang penat melayan kerenah orang sekeliling.

"Alia, aku yakin yang perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik." Nadia sedih melihat kawan baiknya dalam situasi sedemikian. Hanya Nadia yang sentiasa di sisi Alia memahami keadaan sahabatnya itu. Perhubungan yang terhenti tengah jalan itu membuatkan Alia tidak seceria seperti dahulu.

Alia senyum memandang Nadia. "thanks awak."
.....................................

Sesampainya Alia di kolejnya, dia terus baring dikatilnya dan mendengar lagu. Lagu dendangan Chris Medina, What are words menjadi pilihan Alia. Alia bukan jenis yang dengar lagu sampai pagi ke petang. Hanya lagu tertentu di masa yang tertentu sahaja menjadi pilihan Alia. Boleh kata lagu yang dipilih selari dengan moodnya.

"what are words if you really don't mean them when u say them
what are words if they are only for good times then they don't"

kenapa berjanji?kenapa begitu yakin melafazkan janji andai tak dapat tunaikan?bisik Alia dalam hatinya. Pedih, sakit, geram dan banyak rasa lagi bercampur aduk dalam diri Alia. kadang2 Alia mengeluh, "kenapa ya Allah?aku mencintainya kerana Mu ya Allah. sebelum ni aku tak pernah mengenali lelaki, dia yang pertama. aku terimanya bukan kerana menginginkannya sebagai seorang kekasih, tapi kerana inginkannya menjadi imam tuk seumur hidupku", rintih Alia dengan linangan air mata.

"Astaghfirullahalazim..apa yang aku fikirkan ini", sedar Alia dari lamunan kisah lama. "Ya Allah maafkan aku kerana tidak redha dengan ketentuan mu." tangis Alia seorang diri.

... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(al-Baqarah: 216)

Allah tidak akan mengambil sesuatu tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Itulah hakikatnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

Ternyata Allah itu maha Mengetahui. Perangai Syed Aiman yang sebenar membuka mata Alia untuk tidak menangisi lagi hubungan mereka yang terhenti di tengah jalan. Melihat dengan mata sendiri memang menyakitkan, tapi....

"Siapa aku nak menyalahkan takdir. Allah dah tetapkan jodoh dia sampai dulu dalam masa yang terdekat", bisik Alia yang pasrah dengan segala-galanya.
 .....................................

Setahun berlalu. Alia kini Alia yang lain. Yang lebih fokus pada pelajaran, gembira dengan rakannya dan bahagia dengan kehidupannya.

Nadia: aku gembira tengok hang senyum. U know what, dah lame tau aku tak tengok hang senyum camni.

Alia tersenyum.
"Kenapa?Aku senyum nampak cantik ea?"

"Perah santan plak makcik ni"

Petang itu riuh dengan gelak tawa dua sahabat ini di tepi tasik uia..

"Nadia......"

"Ye?"

"Thanks"

"For...??"

"For being my friends"
.........................................

Selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari - SaidinaAli.

2 comments:

N.Fizah said...

nice story...wait for the next episode :)

KashrahMustapa said...

haha orite. akan menyusul:)