19 May 2012

jom berjihad!:)

rumates + my cweet ain najwa, gudlux!:)
alhamdulillah setelah selesainya kelas terakhir hari khamis lepas, maka bermulalah peperiksaan akhir sabtu ini iaitu esop:)

tadi dah kol mami, alhamdulillah tenang hati:)
moga doa ibubapa sentiasa mengiringi kita untuk berjaya dunia dan akhirat:)

untuk kawan2 sekampus i.e. IIUM, semoga berjaya saya ucapkan.
setiap kesenangan yang akan dikecapai, pasti akan diuji terlebih dahulu.
walaupun banyak dugaan yang terpaksa ditempuh disaat2 kritikal ini,
bersabarlah..perancangan Allah itu ade hikmahnye..

ape yang penting, berusaha dengan optimum!
jangan berputus asa!
itulah rahsia kejayaan Muhammad al-Fateh dalam menawan kota Constantinople.

jom same2 kite jadikannye sebagai motivasi diri.
selepas itu, berdoalah dan akhirnya...

serahkanlah segalanya kepada Allah..
insyAllah bila adanya usaha, adalah kejayaan:)

readers, do pray for us:)
thank you:)

06 May 2012

hanya syurga harapan mereka.


p/s: jagalah hati mereka, kasihilah mereka, balaslah jasa mereka, berbuat baik lah dengan mereka.
jnganlah terase dengan mereka. apa yang difikir mereka hanyalah untuk kebaikan diri kita.
ambil lah berkat dari mereka, semoga segala urusan dipermudahkan Allah. sesungguhnya redha Allah itu terletak pada redha kedua ibubapa kita. hargailah mereka selagi mereka masih ada. bagi yang tiada, doakan lah mereka. sesungguhnya doa anak yang soleh dan solehah itu bisa membawa mereka ke syurga. insyAllah.

tiada istilah terlambat dalam islam. andai esok kiamat, Nabi Muhammad masih menggalakkan kite untuk menanam benih yang ada di tangan. -ustaz don.

insyAllah bila kita ada niat yang baik, Allah akan bantu kita. dengan syarat kena ada usaha sama:)

same2 kite menjadi anak yang soleh dan solehah.^_^ insyAllah.

05 May 2012

anti-perfume.

yep anti-perfume. itulah saya.

alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana saya diciptakanNya sebegini.

jimat duit. (perfume mahal kot)

dan yang paling penting, dapat elak kan diri dari dosa. syukur alhamdulillah..


“Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina” (Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda:
“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
moga istiqamah insyAllah:)

29 April 2012

kisah hitam.

semua orang punyai kisah hitam. saye pun ade. kalau hendak dilistkan, mungkin sehelai kertas tidak cukup. tapi adakah kisah hitam itu akan sentiasa menyelubungi diri kita hingga akhir hayat nanti? TIDAK. TIDAK SAMA SEKALI. kerana kisah hitam itulah, saya pernah hilang sahabat baik. kerana kisah hitam itulah, saya pernah menyakiti orang2 yang saya sayang. tapi kerana kisah hitam itu jugalah, saya bangkit. kerana kisah hitam itulah, saya berubah.

percayalah, kisah hitam itu hanyalah suatu perjalanan yang mana Allah ingin menitikkan kesedaran ke dalam diri kita. mungkin dengan hanya kisah hitam itulah kita sedar sebelum terlambat, kita sempat berubah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. setiap perancangan Allah itu ade hikmahnya. :)

"...siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu TIDAK BERHAK untuk menjadi seorang
Muslimah/Muslim yang BAIK, DISAYANGI dan DIHORMATI. Berusaha MENDIDIK  diri menjadi
Muslimah/Muslim yang baik PERLU diteruskan TANPA mengenal erti penat apatah lagi jemu, tinggalkan
masa lalu yang perit itu, jadikan ia satu PENGAJARAN bukan satu penyesalan yang berpanjangan..."





p/s; jom ramai2 mengimarahkan kuliah ustaz azhar di masjid as-syakirin malam ni:)

27 April 2012

cantik tak cover lappy saye?;)


alhamdulillah kerja tuk subject consumer law hampir siap. alternatif saye dan kawan tuk datang ke perpustakaan awam raja tun uda, shah alam ni mendatangkan hasil juga akhirnya di mana buku2 yang kami dok cari selama ni dijumpoai jugak. wehheee;) *skema kot ayat:P

walaupun hati tangah sedih sebab tersangat lah homesick sekarang ni, tapi takpelah. sebab semalam dah kol mami and rase lega sangat. mami cakap after settle all those things, baru balik dengan tenang dan happy:) thanxs mum. so sekarang, misi saye ialah settlekan semua bende kat sini, then lepas tu baru balik. lambat cket takpelah. janji HAPPY:)

semalam jugak saye dah keluarkan semua duet dalam pelaburan ASB. akak tu bertanyekan mengapa saye melakukan sedemikian? itu bia saye jelah yang tau hehe. masing2 ade pendapat msg2. dan i am sure korang taw sal hukum melabur lam asb ni. ade 2hukum. nak tau sile ke belog ini--> kalamdakwah.blogspot.com
saye amik pandangan yang minority atas dasar syubhah. terima kasih kawan2 atas dorongan dan nasihat kalian:) sekarang hati sudah tenang. ade dapat interest cket2 dan memang takkan gune. tengah tunggu pandangan dari ustaz. sape2 y terbace belog saye ni dan tau solution tuk duet tu, sile2 lah contact saye di belog ni or pm kat fb:)

okey lah, matlamat dah tersasar ni. sambung kerja dulu!^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
p align="center">
seomanias.greeting4u