alhamdulillah esok, Rabu, bulan yang dimuliakan Allah, iaitu bulan Ramadhan menjelma lagi. syukur alhamdulillah. tak semua orang bertuah atau berpeluang bertemu dengan bulan yang mulia ini. bulan yang amalannya digandakan pahalanya oleh Allah. amat rugilah kalau kita mensia-siakannya. sebab belum tentu kita akan berjumpa lagi dengannya di tahun hadapan.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
*ambil peluang berdoa semaksima yang mungkin di bulan Ramadhan ni kerana doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak.
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
*rebut peluang yang terbentang luas di hadapan. Allah itu maha pemurah. berbagai ganjaran yang disediakan untuk hambaNya, hanya pilihan di tangan insan, mahu sahut peluang atau tidak. mereka yang menyahut adalah mereka yang bertuah. indeed.
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
*jangan pernah tinggal sahur. ada rahmat ke atas mereka yang bersahur. kalau sayang tido lagi daripada sahur, jadi rugilah kan?
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
*jangan tinggal puasa tanpa sebarang keuzuran okey?
jadi kepada semua muslimin dan muslimat, selamat menunaikan ibadah puasa. Moga Ramadhan kali ini memberi seinfinity rahmat dan berkat dari Allah. insyAllah.
so malam ni bolehlah niat puasa kan?:)
No comments:
Post a Comment