08 July 2012

ikhlas

assalamualaikum pembuka bicara:)

sejak penulis berpraktikal, banyak kali dah penulis dengar orang kata..

"watpe rajin sangat, bukan boleh duet pun"...

yep, penulis tak dapat elaun pun praktikal ni...kawan2 penulis ade yang dapat dan ade yang tak...dekat bank & firma dorang dapat elaun...dekat tempat lain penulis tidak tahu menahu plak...

sebut pasal elaun,,mula2 mendapat berita tak dapat elaun memang sedih...tapi tadek la sedih tahap sedih yang sesangat...biase je sebab dari awal memang dah bajet tempat penulis praktikal tadek elaun...dan penulis dah redha dan pasrah...yang penting, UIA ajar penulis berpraktikal ni adalah untuk mencari pengalaman dan berinteraksi dengan dunia luar i.e. dunia bekerja...

and day by day, everything was going well...penulis happy berpraktikal...walau kerja banyak,,semua tu adalah satu cabaran buat penulis untuk penulis terus berusaha dan berusaha menaiki tangga menuju ke puncak...

apa yang penulis hendak tekan kan di sini adalah sifat ikhlas...bila kita ikhlas melakukan sesuatu,,kita tak akan rase letih...semua kerja menjadi seronok...tak percaya?cuba ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengharapkan sedikit pun balasan, then you will see and got the feeling like me...

alhamdulillah, Allah sentiasa ada bersama hambaNya...even penulis tak dapat elaun,,sisa baki dari duit bank rakyat masih ada, dan penulis tak perlu minta duit dari ma abah penulis...bahkan penulis sempat lagi menabung...wallah!hehehe tak ubah same macam sem2 yang dah lepas di UIA...moga amalan menabung kekal dalam diri penulis sampai bila-bila...

................................................................

orait, cerita praktikal dah abis...move on to the next story...sahabat2 pernah tak bila keluar nampak orang yang minta sedekah kat tepi jalan?mesti pernah kan?ramai kot...kalau tak pernah tu silalah keluar berjalan...hehe

berkaitan dengan mereka, seorang kawan pernah berkata kepada penulis...

"jangan caya sangat mereka tu, ada yang tipu"

"nampak sihat tapi kerja malas"

bagi penulis kan,,*ni hanya pendapat peribadi penulis*,,menipu atau tidak itu bukan urusan kita...itu urusan dia dengan Allah...andai kita ikhlas menolong, ape salah kalau kita hulurkan sedikit sumbangan @ sedekah kepada mereka?kalau tak sudi menolong,,jangan pertikaikan mengapa mereka memilih untuk berada di tepi jalan...every people has their own story...who are we to judge?we are not 'awie' k..

tak rugi kita menolong kerana malaikat sentiasa mencatat segala kebaikan kita...tapi rugi jika kita mensia-siakan peluang yang ada di depan mata untuk melakukan kebaikan di jalan Allah...Allah itu Maha Pemurah...Dia sedia banyak cara untuk hambaNya melakukan kebaikan...hanya tinggal mata hati kita untuk menilai peluang yang ada...

sifat ikhlas dalam diri adalah satu anugerah...bukan semua orang punya nilai murni ini...tapi tak beerti takde orang yang mampu memilikinya...ikhlas itu harus dipupuk,,disemai, dibaja, dan dipraktik selalu,,,bila kita selalu ikhlas melakukan sesuatu tanpa mengharapkan sedikit pun balasan,,insyAllah IKHLAS akan kekal dalam diri...dan Allah, tanpa dipinta, akan membalas jua segala kebaikan kita...

jom i.k.h.l.a.s:)

wallahu'alam......

bunga ini ikhlas untuk pembaca:)

2 comments:

N.Fizah said...

salam. setuju sangat :) keep it up, menabung amalan mulia. kna blanja air sirap la pasni teman si penulis ini ke bank. hehe. main2 je. :)

KashrahMustapa said...

wsalam...boleh aje awk..teh ais saye blnje nanti k?ingatkan penulis tau pembace:)