tersebutlah kisah dua orang sahabat yang digelar A and B..
A n B merupakan sahabat baik sejak mereka same2 menjejak kaki di menara gading..
terdapat banyak persamaan antara mereka berdua..
mereka tersangatlah rapat..
di mana ada A, pasti ada B...
cuma satu je perbezaan mereka..
A selalu sahaja dapat score dalam kelas..
especially bila menghadapi final exam, pointer dia masyAllah hebat..selalu dapat dean's list (anugerah dekan)..
berbeza dengan B, B ni dia biasa2 sahaja..tak gempak macam A..
satu hari, B tekad nak jadi macam A..nak score jugak dalam exam...
jadi, B buat keputusan bila mana A study, dia akan turut sama study...
bila masa A rest, dia kan turut rest..
senang citer apa sahaja yang A buat, B akan ikot same...
bile final exam semakin hampir, mereka buat yang terbaik..
and bila result keluar, A terus buat sujud syukur di bilik, alhamdulillah dia dapat mengekalkan anugerah dekannya:)
dan B pula, alhamdulillah result die okay, cuma tidak segempak A dengan DL nya...
B turut gembira dengan kejayaan A, tapi pada masa yang sama B sedih..
banyak persoalan bermain di minda...
satu hari, B meluahkan perasaannya dekat ustaz yang boleh dikatakan rapat dengan A dan B sendiri...
B: ustaz, kenapa ya bila keputusan exam saya tidak setanding dengan A?bukan saya tidak redha ustaz, cuma persoalan itu selalu bermain di fikiran saya..sedangkan usaha kami sama..
ustaz: kamu pasti usaha kamu berdua sama?
B: ye ustaz, saya tau A pandai sebab tu saya nak ikut jejak langkah dia..jadi, saya cuba ikut jadual belajar dia..bila dia study, saya turut same study..bila dia behenti study, saye pun turut berhenti..saya rase usaha saya dan dia sama..
ustaz: (senyum) ustaz taknak bagitau jawapan nye skrg..cuma ustaz nak kamu bangun qiyam pagi esok...insyAllah kamu dapat jawapannye..boleh kan?
B: (pasrah) insyAllah ustaz..
malam di sepertiga malam, B bangun menunaikan qiyamullail...belum sempat dia keluar dari bilik untuk ke tandas mengambil wudhu', B terperasan satu cahaya dari bilik A...B menyelak langsir bilik A, dan B nampak A tengah sujud di sejadahnya menunaikan qiyamullail lebih awal darinya..B berlalu pergi menunaikan hajatnya tanpa memikirkan apa-apa..
keesokan hari, B bertemu ustaz tadi di tengah jalan..ustaz itu bertanya,
ustaz: assalamualaikum B, qiyam semalam?
B: alhamdulillah qiyam ustaz:)
ustaz: dapat tak jawapan kepada persoalan awk?
B: tak. tapi saya perasan sesuatu semalam..A pun turut qiyam same sebelum saya bngun.
ustaz: (senyum) sebenarnya, itulah jawapan yang awak tercari-cari selama ini..ustaz bukan mahu mengatakan usaha kamu tidak cukup tapi ada lebihnya usaha dari A..mungkin bilamana kamu nampak A tidur dan kamu jua turut sama tidur, kamu tidak perasan yang di sepertiga malam dia bangun menunaikan ibadah kepada Allah..ada hubungan yang lebih dititikberatkan oleh A di samping dia berusaha mendapatkan kejayaan dalam exam iaitu hubungannya dengan Allah subhanahu wataala..berkat kegigihannya dalam menjaga hubungan itu bukan sahaja menjadikan dia di antara Deen's List, tapi Allah juga memberinya Dean's List..
B sebak mendengar kata2 ustaz..dia terharu dengan kegigihan sahabat baiknya dan pada masa yang sama, dia juga sedih kerana selama ini dia hanya mengejar dan mementingkan kejayaan di dunia sahaja...B insaf dan bersyukur kerana jawapan yang dia cari selama ini membuka pintu hatinya untuk lebih bijak mengimbangi antara hal dunia dan akhirat...
"terima kasih Allah kerana mengurniakan sahabat yang bisa membawaku menuju ke syurga Mu" :):):)
...sebagai seorang pelajar yang rabbani, setiap sisi kehidupannya akan dihubungkan dengan Penciptanya. Baik ketika berjalan menuju ke kelas, mengulangkaji pelajaran, menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya. Masanya akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memenuhi hak diri, pelajaran, ibu bapa, lebih-lebih lagi hak Allah. Di mana sahaja terdapat ruang-ruang kebaikan yang boleh membuat dirinya dekat dengan penciptanya, pasti dia akan berada di situ. Dia akan terus menilai kedudukan dirinya di sisi Allah agar sentiasa tinggi kerana dengan itu akan membuatkan kedudukannya di sisi makhluknya akan juga tinggi...
everyone deserves to get dean's list..provided they have deen's list in their hand ;)
waalahu'alam bissowab...
No comments:
Post a Comment