supposedly today I have a discussion for upcoming hearing this tuesday. but I ended up facing lappy for the whole day, update blog. seriously do not know what to do huaaa. The reason is my groupmate has some works to do. huhu so we decide to postpone it to tomorrow. Ya Allah, esok kelas dari kul 8pagi - 5pm. the most hectic day in a week perhaps? dengan malamnye for sure tak tido dah nak prepare hearing. aiyaiyai~
InsyAllah boleh, sekurangnya kita dah rancang, tapi perancangan Allah itu lagi terbaik. :)
moga ada hikmah di sebalik yang berlaku. sesungguhnya, Allah sentiasa bersama mereka yang sabar:)
since tak de bende nak buat hari ni sbb terperap lam bilik je, (nak kua demam still tak kebah, berharap suara kembali normal huhu) si penulis ni usha2 gambar lam hardisk. 10GB gambar2 y ade. haha. tak campor lagi dengan dalam fon dan dalam lappy ni sdiri. bila ada gambar banyak2 ni, teringin pulak nak mengedit~ act, penulis dah lame sangaaaattt nak edit gambar family penulis. letak gambar sorang2 adik beradik, ma abah, nenek2, abg ipa kak ipa n anak buah. lepas tu combine sume gambar2 kami. sweeett~~!! dan hari ni baru tercapai.
jeng jeng jeng~
Welcome to my big big big n big family:) |
tiap malam lepas maghrib, semua kene buat line depan abah dan mengaji. abah memang garang tapi garang abah bersebab. garang abah sebab sayang. hari tu kol abah masa besday, "abah nak ape?" abah jawab, "doa untuk abah bia abah boleh beribadat selalu". terharu plus nak nangis. tapi tahan takot abah perasan plak anak dia nangis hehe. sayang abah sokmo:)
ma, or mami:) seorang ibu yang berjaya di mata penulis. kenapa? sebab anak2 dia semua jadi kawan dengannya. ada pepatah yang mengatakan, ibu yang berjaya ialah ibu yang mana anak2nya boleh menjadi kawan dengannya. and I think it is true. apa-apa hal yang berkaitan, mesti akan telefon ma. cerita je tak kisah pasal ape, hearing selasa ni pun ma tahu, kawan2 penulis tak kisah laki ke perempuan semua penulis cerita. and she did gave her respond, as best friend. memahami. sangat :) walaupun ma hanya surirumah, tapi ma berjaya didik kami tanpa perlu menghantar kami ke tadika. yup, kami 9adik beradik takde sorang pun ke tadika. bile orang tanye "dulu tadika katmane?" penulis jawab "erk, tak tadika pon". tapi alhamdulillah masuk tadika bukan pra-syarat untuk berjaya. ternyata usaha ma n abah berjaya jugak didik kami.
sekarang semua dah besar, masih berbakikan 2orang je lagi sekolah. yang lain dah bekerja dan masih menuntut di universiti macam penulis. berkerjaya sebagai doktor, cikgu, pensyarah, dan tak lama lagi bakal peguam (kot??), ini semua hasil didikan abah n ma. jujur, tak tahu nak balas macamane. hanya mampu berdoa semoga Allah memberi peluang kepada mereka untuk memasuki syurga atas segala jasa, budi, penat lelah dalam mendidik dan membesarkan kami. dan jua menghapuskan jua segala dosa2 mereka. dan jua memberi peluang kepada mereka terutama, begitu juga dengan kami adik beradik untuk menjejakkan kami ke rumah Allah dengan satu tujuan, menunai haji bersama-sama. InsyAllah.:)
moga Allah pertemukan lagi kami di syurga. aminn:)
"wahai orang-orang beriman! bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya(Muhammad), nescaya Allah memberikan rahmatNya kepadamu dua bagian, dan menjadikan cahaya untukmu yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan serta Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang" al-Hadid : 28
*teringat kisah adik bongsu, ma tanye "adik nnt nk jadi ape?contoh semua dah ade kat depan, doktor, cikgu, pensyarah, peguam. nak yang mane?"
then adik jawab "doktor!"
budak2 biasalah tu, tak tahu kenapa kebanyakan budak2 mindset dorang dr kecil lagi, bila besar je nak jadi doktor.haha macam penulis jugak. kecik2 dulu bukan main lagi nak jadi doktor, last2 undang-undang jugak kikiki He knows better;)
wassalam.:)
No comments:
Post a Comment