23 August 2012

buat apa?

buat apa cantik @ kacak,

tapi iman tak ada.

sayang~

buat apa ada kerjaya yang bagus,duit dan kemewahan,

tapi manner tak ada.

sayang~

buat apa buat baik merata,

tapi takabbur.

sayang~

buat apa ada orang sayang,

tapi tak hargai.

sayang~

buat apa ada bini yang cantik,

tapi gagal didik dengan baik.

sayang~

buat apa memilih yang terbaik buat diri,

tapi diri sendiri bukan yang terbaik.

sayang~

................

i.m.a.n dan t.a.q.w.a

andai iman dan taqwa ada tersemat dalam diri
pasti tak rugi
kerana yang beriman dan bertaqwa itu pasti menyedari
yang cantik dan kacak itu hanyalah sementara
rupa yang elok hanyalah anugerah sementara dr Allah di dunia
ia bukan sesuatu yang boleh di bawa sebagai bekalan di akhirat sana.

andai iman dan taqwa ada dalam diri
pasti kita akan menyedari yang kemewahan dunia yang dikecapi
boleh jadi satu ujian dari Allah
untuk melihat sejauh mana kita mampu beramal dengannya

andai iman dan taqwa ada dalam diri
pasti mereka akan menghargai mereka yang tersayang
kerana yang tersayang hanya hadir sekali shj dalam hidup
dan hidup itu hanyalah sementara

andai iman dan taqwa ada dalam diri
pasti mereka akan cuba jadi yang terbaik untuk dapat yang terbaik
kenapa?
kerana Allah taala sendiri menjanjikan "orang yang baik hanyalah untuk orang yang baik"

bila iman dan taqwa ada dalam diri
insyAllah semua boleh dikecapi
selari dengan kehendak Ilahi
di dunia dan juga di akhirat nanti:)
.............

yang ditulis tiada niat untuk ditujukan kepada mana mana pihak
dan penulis jua tidak berniat untuk pandang rendah pada siapa siapa

kerana penulis percaya seseorang itu boleh berubah bila bila masa sahaja
mungkin hari ni mereka yang kurang baik boleh menjadi baik keesokan hari
dan boleh jua mereka yang baik berubah menjadi kurang baik keesokan hari

hidayah Allah bila bila masa sahaja boleh datang
tiada yang mustahil bila Allah berkata "kun fayakun"
:)

tiada istilah terlambat untuk berubah ke arah yang lebih baik.
jom jom tambah iman dan taqwa:)
pesanan tuk penulis juaaaa^_^


wallahualam^___^


kan kan? :)

No comments: