24 August 2012

ONCE UPON A TIME...


Pada suatu hari, 
seorang murid bertanya pada gurunya.
ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: cikgu, macamane kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?
Macamane juga kasih sayang itu nak berkekakalan?

Cikgu: ok, kamu ikut apa yang saya suruh, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, 
tiada sehelai rumput pun di tangannya. 

Cikgu: kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu: ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada di depan kita sebaiknya. Jangan kita menoleh ke belakang kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi…. 


No comments: